Blog Hartanah

Tips Dan Perkongsian Berkenaan Hartanah

Spekulasi rumah dekat MRT

Spekulasi merupakan salah satu sebab harga rumah naik. Kadang-kadang, belum ada apa-apa pun lagi kawasan situ, tetapi kadang-kadang harga rumah yang dijual harganya telah tinggi. Betul tak?
Salah satunya bila rumah berdekatan MRT.

Ini yang ramai yang terceduk ini.

Sebenarnya begini, konsep asas harga rumah itu naik atau turun semuanya bergantung kepada ‘supply dan demand’.

Bila ada booster kawasan tersebut, secara langsung demand akan naik. Sekiranya supply kurang, harga akan naik.
Demand ⬆️ Supply ⬇️ Harga pun NAIK
Demand ⬇️ Supply ⬆️ Harga pun TURUN
Tak perlu sangat nak tahu data-data secara mendalam.

Ini adalah konsep asas.

Ok, teman nak share sedikit pengalaman teman pada ketika tahun 2015.
Di mana kebanyakan spekulasi harga rumah akan naik selepas GST diimplementasikan. Oleh itu, ramai-ramai orang seperti panik untuk membeli rumah sebelum GST.

Biasalah siapa yang pandai menggunakan selling point GST, rata-rata mengandaikan rumah akan naik lagi dalam sekitar 6% lagi disebabkan GST.

Pada ketika itu, bila teman survey rumah, memang harga masing-masing keras tetapi orang still membeli rumah.

Ada kawan ofis teman ketika itu pun sibuk mencari rumah. Teman kongsikan pandangan teman ini. Harga rumah takkan naik disebabkan GST. Kalau harga rumah mahal, orang tak mampu beli secara tak langsung demand tiada. Macam mana harga rumah nak naik?

Sebab itu rata-rata siapa yang membeli rumah pada tahun 2015 harganya lebih tinggi atau lebih kurang sama saja even kalau beli pada masa sekarang atau 2018 dan 2019.

Pernah tak anda terfikir? Harga rumah akan naik lagi bila MRT siap. Kita jual waktu MRT siaplah.
Secara teori memang nampak harga rumah akan naik. Tetapi sekiranya majoriti berfikiran sama.
Sekiranya ramai merancang untuk jual ketika MRT siap teman boleh guarantee harga tidak dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Kenapa? Bila supply untuk jual banyak. Secara automatik harga tidak akan naik.
Pernah tak anda berpengalaman sebegini. Mengharapkan rumah akan naik sekiranya booster kawasan itu siap tetapi perkara berlaku sebaliknya.

Sebenarnya harga rumah itu telah lama naik disebabkan MRT. Demand itu telah ada sebab orang telah fikir MRT akan siap nanti. Confirm harga akan naik lagi. Sedangkan harga tersebut telah ‘discount everything’.
Samalah macam trading, harga itu telah discount everything. Siapa yang trading saham sepatutnya faham.
Sebab itu, dalam pelaburan kita kadang-kadang kena jadi opposite. Jangan ikut sangat rentak orang. Rentak kebiasaan. Jadi orang yg super ordinary bila melabur.

Teman tengok dalam pelaburan hartanah pun majoriti masih lagi tidak untung seperti digambarkan.
Teman ada study satu kawasan. Waktu itu booster shopping mall tengah dibina. Ketika itu, kebanyakan rumah di situ dijual dengan harga tinggi. Teman tengok transaksi paling kurang RM400k ke atas.
Ramai jangkakan harga akan naik selepas shopping mall siap. Tetapi keadaan berlaku sebaliknya. Harga rumah turun mendadak walaupun shopping mall itu siap sepenuhnya dan dibuka. Pada keadaan sekarang 300k pun agak susah untuk dijual.

Walaupun harga dah murah juga tu. sebab apa?
Sebab bila shopping mall siap ramai ingin menjual.
Bila supply banyak, orang pun tak membeli rumah. Akhirnya, harga pun turun.

Banyak lagi real case study yang teman tengok.
Sebab ramai yang terciduk. Ingatkan boleh untung. Tetapi bleeding bulan-bulan.
Sebab itu melabur mesti fahami risiko. Sekiranya risiko itu boleh diambil. InsyaAllah jangka panjang masih lagi ok.

Ataupun exit saja atau dalam trading kita panggil cut loss. Cari tempat yang lebih baik. Jadi orang yang super ordinary. Jangan follow kebiasaan orang berfikir.

Kalau faham asas demand dan supply insyaAllah, pelaburan anda akan lebih baik nanti.
So jangan lagi ada terciduk dengar kata-kata indah orang lain.
Ok le. Cukup panjang sangat dah ini.

Kongsikan artikel ini
Scroll to Top