Kali ini teman ingin kongsikan berkenaan RPGT atau bahasa melayu dipanggil CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah).
Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di bawah insentif PENJANA 2020, rakyat Malaysia khususnya dibenarkan untuk menjual hartanah tanpa dikenakan cukai CKHT 5% atau lebih di mana perjanjian SPA perlu ditandatangani di antara 1 June 2020 dan 21 Disember 2021.
Oleh itu, inilah masa sesuai untuk penjual rumah untuk melupuskan hartanah mereka bagi mendapatkan keuntungan maksimum. Kuota yang diberikan adalah sebanyak 3 hartanah yang boleh dilupuskandi mana ianya tidak melibatkan kuota sekali seumur hidup.
Bertuah bagi pelabur hartanah untuk melupuskan hartanah mereka tidak kurang juga kepada bakal pembeli rumah. Ini juga merupakan peluang kepada pembeli rumah untuk mencari rumah kediaman mereka. Rata-rata penjual sanggup menurunkan harga rumah mereka sehingga ada melebihi 10% bawah daripada harga pasaran disebabkan insentif ini.
Banyak cukai dapat dijimatkan sekiranya dapat dijual pada tempoh yang ditetapkan.
Sebagai contoh sekiranya rumah dibeli pada harga RM100,000.
Dijual pada harga RM250,000. Katakan cukai yang dikenakan seminimum 5% kerana hartanah telah melebihi 5 tahun daripada tarikh pembelian. Keuntungangan kasar adalah sebanyar RM150,000. 5% daripada keuntungan kasar cukai yang perlu dibayar adalah sebanyak RM7,500.
Tetapi sekiranya hartanah itu baru 2 tahun, CKHT yang dikenakan adalah sebanyak 30% dan bila dikira jumlah sebanyak RM45,000.
Harga Beli | RM100,000 |
Harga Jual | RM250,000 |
Keuntungan Kasar | RM150,000 |
Cukai 5% (Lebih 5 tahun) | RM7,500 |
Cukai 30% (Bawah 2 tahun) | RM45,000 |
Inilah masa pelabur hartanah untuk mengimbangkan kembali pelaburan hartanah di keadaan ekonomi lembab COVID 19. Mereka menjual untuk mendapatkan keuntungan maksimum dan membeli hartanah lelong yang sekarang ini harganya jatuh dengan lebih murah lagi.
Ramai pelanggan teman yang mengambil peluang ini. Di samping itu, bank juga menawarkan kadar bunga pinjaman yang paling rendah sepanjang 10 tahun kebelakanagan ini. Oleh itu, secara tak langsung, ansuran pinjaman perumahan juga turun dan banyak pakej menarik yang boleh disambar pembeli rumah yang lain.
Teman masih ingat teman membeli ketika gawat pada tahun 2009. Walaupun agak mencabar untuk membeli rumah ketika itu disebabkan baru mula bekerja, Alhamdullilah ada juga rezeki teman. Rumah yang dibeli ketika dulu boleh dianggap cukup mahal bagi teman. Tetapi selepas 3 tahun harga pasaran hartanah kembali melonjak naik. Harga rumah yang dibeli ketika itu naik begitu mendadak.
Tambahan sewa juga positif dan memberikan extra pendapatan kepada teman. Bagi teman, inilah peluang anak muda untuk sambar dan belajar untuk melabur dalam bidang hartanah. Harga subsales (Rumah terpakai) menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga keadaan sebelum ini.
Diharap adalah anak muda dan kawan-kawan sini yang mengambil peluang ketika ini. Ada masa dalam setahun lagi untuk penjual melepaskan hartanah mereka manakala pembeli hartanah boleh cuba ambil peluang secepat mungkin untuk memastikan mereka dapat membeli pada harga terbaik.
Oleh itu, ada sesiapa sini yang berminat untuk membeli rumah New Development, Subsales mahupun lelong jangan malu jangan segan boleh hubungi terus teman. Ok. Sahaja menulis di kampung ini sempena ada masa boleh digunakan untuk menulis. Jumpa lagi nanti. Terima kasih kerana membaca.