Blog Hartanah

Tips Dan Perkongsian Berkenaan Hartanah

Cara Semak Harga Pasaran Hartanah

Panduan Cara Semak Harga Pasaran Hartanah

Semak Harga pasaran adalah sangat penting sekiranya anda ingin menjual hartanah anda dengan lebih cepat dan mengoptimumkan keuntungan hartanah anda.
Ini kerana sekiranya harga terlalu tinggi, tiada pembeli yang akan berminat untuk membeli hartanah anda. Tetapi apabila terlalu rendah, kemungkinan anda akan mengurangkan keuntungan jualan hartanah anda.
Oleh itu, saya kongsikan beberapa tip panduan untuk anda menyemak harga pasaran rumah anda sendiri.
Berminat semak harga pasaran hartanah, boleh klik button di bawah

Portal Brickz.my merupakan salah satu platform yang anda boleh rujuk untuk mengetahui harga pasaran hartanah anda.

Namun begitu, data yang disediakan adalah terhad bagi yang versi percuma. Anda boleh melanggan sekiranya ingin mendapatkan laporan lengkap harga pasaran di kawasan hartanah anda dengan kos yang cukup minimum.

Kebanyakan ejen hartanah mempunyai akaun premium di mana laporan harga pasaran lebih meluas.

brickz-logo-fb

Anda juga boleh mendapatkan maklumat harga pasaran melalui platform seperti mudah.my, propertyguru, iproperty dan lain-lain. 

Namun begitu, harga diletakkan selalunya lebih tinggi daripada harga permintaan semasa. Ini kerana masih ada ruang untuk berunding harga ketika pembeli berminat dengan rumah tersebut.

Selain itu, anda boleh membuat tinjauan di kawasan sekitar rumah anda sekiranya ada iklan rumah yang ingin dijual. Anda boleh hubungi nombor telefon iklan tersebut untuk dapatkan harga jualan.

mudah logo
Berminat mendapatkan servis Ejen Hartanah?

Ejen Hartanah merupakan orang paling hadapan yang mengetahui harga trend terkini pasaran. 

Sudah tentu mereka berpengalaman menjual unit di satu-satu kawasan tersebut. 

Secara dasarnya, ejen hartanah mempunyai pengalaman dalam meletakkan harga berdasarkan keadaan trend permintaan semasa. 

Kebanyakan ejen hartanah menawarkan khidmat semak harga pasaran secara percuma memandangkan mereka mempunyai database terkini dan network yang besar.

 

Anda juga boleh pergi ke cawangan bank untuk mendapatkan maklumat harga pasaran.

Pastikan anda membawa maklumat hartanah anda seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah atau bangunan, gambar dan sebagainya.

Namun begitu, prosesnya sedikit memakan masa di mana kebanyakan jurubank mungkin tidak mahu semakkan kerana rumah belum terjual.

 

Perlukan Penilai Berdaftar, Boleh PM saya klik Button di bawah

Penilai berdaftar adalah orang paling tepat untuk mendapatkan harga pasaran hartanah. 

Umumnya, penilai akan datang sendiri ke rumah anda untuk membuat ‘inspection’ dan menyediakan laporan penilaian untuk hartanah anda.

Namun begitu, anda perlu membayar khidmat servis mereka dan kebanyakan bank pun akan menggunakan khidmat mereka untuk memastikan setiap hartanah dinilai dengan lebih tepat. 

Kebanyakan komuniti kejiranan mempunyai ‘Group Whatapps’ sendiri. Oleh itu, anda boleh mendapatkan info terkini seperti harga rumah yang baru dijual, harga sewa semasa dan sudah tentu ada jiran yang baru selesai membuat ‘refinance’ rumah. 

Bagi hartanah yang telah dijual, anda boleh merujuk harga tersebut sebagai ‘benchmark’ 

Anda boleh membandingkan keadaan rumah anda dengan rumah jiran dan tentukan berapa harga yang sesuai untuk dijual bagi rumah anda.

Mencari Rumah Lelong? Boleh klik button di bawah

Harga rumah lelong boleh digunakan sebagai sandaran berapa harga paling minimum yang anda boleh jual.

Anda boleh mendapatkan maklumat di platform lelongan rumah seperti lelongtip.com dan sebagainya. 

Namun begitu, anda juga perlu melanggan platform tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Saya juga mempunyai database maklumat lelong sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh PM saya. Saya boleh dapatkan secara percuma.

Gunakan servis yeoproperty, klik button di bawah

Saya boleh bantu anda untuk mendapatkan semakan secara PERCUMA

tak perlu bersusah payah

‘Biar teman pening kepala, asalkan mike tenang sentiasa’

Anda berikan butiran rumah dan saya akan buat semakan ini. Khidmat ini adalah secara PERCUMA.

Analisa Pasaran Semasa

Perunding hartanah selalunya membuat kajian aliran pasaran semasa dalam memberi cadangan harga jualan terbaik berdasarkan trend permintaan & penawaran semasa.

Ini akan mengelakkan ruman anda dijual di bawah harga pasaran tanpa disedari, dan rumah tifak dijual kerana melebihi harga permintaan dan masalah-masalah lain.

Sebagai perunding hartanah, harga jualan dipengaruhi oleh tempoh masa yang anda telah tetapkan untuk proses jual-beli selesai dan beberapa faktor lain.

Kongsikan artikel ini
Scroll to Top