
Perkhidmatan
Saya Bantu Anda Dalam Segala Urusan Berkaitan Hartanah
Servis Jual Tanah
Saya mempunyai track record dan pengalaman menguruskan penjualan tanah

Kenali Azizirrahim
Saya Muhd Azizirrahim, seorang Perunding Hartanah Sepenuh Masa yang bernaung di bawah IQI Realty Sdn Bhd. Saya memilih untuk berkecimpung dalam bidang hartanah kerana saya percaya bahawa setiap orang berhak memiliki hartanah idaman mereka – sama ada untuk kediaman sendiri atau sebagai pelaburan jangka panjang.
Sebagai seorang perunding hartanah, saya bukan sekadar membantu klien mencari rumah, tetapi saya juga memastikan prosesnya berjalan dengan lancar, mudah, dan paling penting, bersesuaian dengan bajet serta keperluan mereka. Saya faham bahawa membeli hartanah adalah satu keputusan besar, jadi saya di sini untuk membantu setiap langkah, dari pemilihan rumah hingga proses dokumentasi dan pembiayaan.
Selain membantu orang lain dalam urusan hartanah, saya sendiri juga seorang pelabur. Hartanah adalah sebahagian daripada portfolio pelaburan saya, dan setakat ini, saya telah memiliki 8 buah hartanah serta sebidang tanah pertanian yang diperoleh melalui pembelian rumah baru, subsales, dan juga lelongan. Dengan pengalaman ini, saya lebih memahami selok-belok pelaburan hartanah dan bagaimana ia boleh menjadi satu aset bernilai tinggi jika diuruskan dengan betul.
Jadi, sama ada anda ingin menjual, membeli, menyewa, atau melabur dalam hartanah, saya bersedia membantu. Saya juga boleh membimbing anda dalam urusan pembiayaan, guaman, serta proses berkaitan supaya semuanya berjalan dengan mudah dan teratur.
Jika anda perlukan nasihat atau ingin berbincang mengenai hartanah, jangan segan untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda merealisasikan impian memiliki hartanah dengan cara yang betul dan menguntungkan.
“Biar Teman Pening Kepala, Asalkan Mike Tenang Sentiasa”