Blog Hartanah

Tips Dan Perkongsian Berkenaan Hartanah

Tip Jimat Duit Jual Rumah Tanpa Ejen

Tip Jual Rumah tanpa EJEN

Sebagai pemilik rumah yang berhajat untuk menjual rumah, anda semestinya mencari kaedah bagaimana dapat menjimatkan wang tanpa perlu menggunakan khidmat Profesional Ejen Hartanah. 
Berikut adalah secara ringkas bagaimana pemilik rumah boleh lakukan untuk menjual rumah:

#1- Semak Harga Pasaran

Menyemak harga pasaran hartanah anda merupakan perkara penting sebelum membuat keputusan untuk menjual hartanah tersebut .  Ini kerana bagi memastikan hartanah anda dapat dijual dengan harga yang betul dan cepat.

Kebiasaannya, ejen hartanah akan membuat analisa pasaran hartanah tersebut di samping membuat kajian tentang harga permintaaan setempat. Proses awal ini merupakan perkara penting yang anda perlu lihat supaya hartanah anda laku di pasaran kelak.

 

Saya kongsikan link button di bawah untuk dapatkan tip cara semak harga pasaran. 

 

#2- Gambar Dalam & Luar Rumah

Apabila pemilik bersetuju dengan harga yang hendak dijual, perkara seterusnya adalah mengambil gambar rumah untuk diiklankan.

Kebiasaannya, ejen hartanah di ajar untuk mengambil gambar dari sudut tertentu bagi memastikan pelanggan berpotensi (potential buyer) berminat untuk melihat rumah tersebut secara lebih dekat lagi. Gambar yang cantik dan mempunyai “wow factor” boleh menarik hati pelanggan untuk melihat rumah tersebut dengan lebih dekat lagi.

 

Selain itu, video juga memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. Penggunaan video merupakan salah satu strategi yang paling relevan dan berkesan pada zaman digital sekarang kerana 90% masyarakat Malaysia lebih gemar mendengar dan melihat berbanding dengan membaca.

Rumah Cantik

Contoh Gambar

Contoh Video

#3 Marketing

Ini merupakan bahagian yang melibatkan kos yang paling besar sekali iaitu marketing. 

Anda boleh mempertimbangkan untuk meletakkan banting di rumah anda untuk memberitahu jiran sekeliling yang mana rumah ini hendak dijual. Ini merupakan salah satu teknik berkesan untuk mencari prospek pelanggan yang mungkin berminat dan sedang survey di kawasan tersebut. 

Selain itu, platform iklan secara atas talian (online) merupakan satu marketing yang anda tidak boleh tinggalkan. Platform online adalah seperti Mudah.my, Iproperty.com, Propertyguru.com, FB Ads, Instagram, Youtube dan pelbagai lagi.

 

Kebanyakan ejen hartanah sanggup melabur sekitar RM1500-2000 sebulan untuk memasarkan hartanah di platform sebegini. Semakin mahal harga hartanah yang ingin dijual maka semakin tinggi lagi kos marketing yang perlu dikeluarkan.

Mudah Premium
Iproperty Premium
Propertyguru Premium

#4 Prospecting & Viewing

Selepas diiklankan, kebanyakan pelanggan berminat akan cuba hubungi anda. 

Di sini, anda akan kehabisan banyak masa untuk memberi maklumat berkenaan hartanah anda. Selalunya, ia akan menggganggu kerja hakiki anda ketika di tempat kerja.

Di samping itu, ketika ini juga merupakan masa untuk anda menapis pelanggan di mana sama ada pelanggan itu betul-betul berminat untuk membeli rumah tersebut atau sekadar survey sahaja.

Sekiranya berminat, anda perlu uruskan temujanji untuk membawa pelanggan bagi melihat rumah anda. Kebiasaannya, waktu temu janji dibuat pada waktu hujung minggu.

Tambahan yang perlu anda tahu, setiap kali viewing anda perlu menerangkan kelebihan rumah tersebut. 

Daripada pengalaman saya sendiri, kebanyakan rumah berjaya dijual selepas 5 ke 10 kali Viewing dan ada kalanya sehingga 30-50 viewing. 

Banyak masa dan duit minyak yang anda akan habiskan disini sebelum rumah anda berjaya dijual nanti.

Sekiranya pelanggan berminat, bermula proses rundingan harga. Di sini kenapa Perunding hartanah sangat diperlukan sebenarnya untuk mendapatkan harga sepakat antara penjual dan pembeli. 

Saya pernah ada pengalaman di mana penjual dan pembeli bertengkar apabila berunding harga. Oleh itu, anda perlu bersikap lapang dada dan ada kemahiran untuk berunding harga. 

Viewing Time

#5 Pemohonan Pinjaman

Setelah pelanggan menyatakan minat, proses seterusnya adalah membantu untuk memohon pinjaman, sekiranya menggunakan pembiayaan bank.

Kebiasaannya, pelanggan perlu pergi sendiri ke bank untuk memohon pinjaman tersebut. Namun begitu, kebanyakkan pelanggan mengambil masa yang agak lama untuk menyempurnakan proses pemohonan pembiayaan disebabkan oleh kekangan masa dari pelanggan itu sendiri.

Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini, penjual adalah dinasihatkan untuk meletakkan satu tempoh tertentu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kelewatan dari pihak pelanggan dalam menyempurnakan proses untuk mendapatkan pembiayaan dari bank.

Bagi mengatasi masalah ini, ejen hartanah selalunya mempunyai network dengan banker dan selalunya pelanggan tidak perlu membuang masa untuk pergi sendiri ke bank dan ini dapat menjimatkan masa pelanggan dan penjual juga dapat menjual rumah dengan dengan lebih cepat.

 

Kebiasaannya, proses pinjaman akan mengambil masa 14 hari bekerja untuk lulus.

#6 Penjanjian Jual Beli (S&P)

Selepas pinjaman lulus, proses seterusnya adalah melantik Peguam untuk membuat perjanjian jual beli dan menguruskan proses tukar nama.

Kebiasaannya, pembeli akan melantik peguam mewakili pembeli untuk menguruskan perjanjian jual beli. Begitu juga penjual disarankan untuk melantik peguam mewakili penjual sendiri.

 

Peguam akan uruskan proses tukar nama sehingga selesai. Ketika ini, penjual bertanggungjawab untuk selesaikan segala tunggakan cukai tanah, cukai tafsiran, penyelenggaran hartanah dan lain- lain sebelum proses tukar nama berlaku.

Kesimpulan

Proses jual beli hartanah bukan perkara yang mudah. Sekiranya pengalaman masih cetek, anda mungkin tersilap membuat keputusan dan akan menghadapi pelbagai masalah apabila hendak menjual hartanah nanti. 

 

Khidmat ejen hartanah yang prosefesional bukan sekadar membantu menjualkan hartanah dengan lebih cepat lagi. Malahan, mampu memberi nasihat dan panduan kepada penjual supaya mendapat konsultasi terbaik dan tidak pening dalam urusan jual beli hartanah tersebut.

Berminat mendapatkan khidmat ejen hartanah profesional?

Boleh hubungi saya dengan tekan klik button di bawah:

Kongsikan artikel ini
Scroll to Top