Hari ini teman ingin berkongsi berkenaan pelaburan hartanah. Bagi teman tahun 2021 merupakan antara tahun terbaik untuk memiliki hartanah sama ada untuk rumah sendiri mahupun pelaburan.
Pelaburan ini sebenarnya bagi teman adalah ‘timing entry’ bila paling sesuai untuk kita mula melabur. Selain itu, adalah kesabaran. Pelaburan yang memberi pulangan yang lebih baik dan kebarangkalian untuk berjaya selalunya kita perlu tunggu sekurang-kurangnya 3 tahun atau 5 tahun.
Pada tahun 2015, ramai orang dah mula putus asa dengan pelaburan emas kerana ramai yang beli ketika itu masih lagi menanggung rugi. Tetapi bila dilihat keadaan sekarang. Harga emas telah memberi pulangan yang begitu baik, baru orang sibuk untuk membeli emas.
Sedangkan hartanah sekarang pun harga didapati begitu murah dan ada yang memberikan pulangan sehingga 5-7% dimana lebih baik daripada pendapatan ASB 2020.
Teman ada rumah medium cost yang ingin dijual pada harga RM195,000. Teman lihat kebanyakan sewa di situ disewakan pada sekitar RM800 (Untuk satu rumah). Belum lagi sewa bilik. Mari kita kira, berapa ROI untuk rumah ini.
Sebagai contoh sekiranya kita dapat penyewa yang ingin menyewa pada harga RM750. Setahun daripada pendapatan sewa dalam RM9,000. Mari kita kirakan bulanan pinjaman bank sekiranya anda mempunyai 10% deposit. Pinjaman dijangkakan dalam RM200,981.00. Anda boleh menggunakan application My Home Loan Calculator untuk mengira masing-masing Installment rumah anda sendiri seperti di bawah.
Mari teman kira secara kasar berapa ROI dan mungkin anda boleh kira sendiri berapa ROI pelaburan hartanah anda secara kasar.
Kita gunakan RM195,000 sebagai harga rumah dan RM9,000 sebagai pendapatan sewa tahunan.
RM9,000/RM195,000 x 100=4.6%
Bila di lihat kadar pulangan dalam sekitar 4.6% di mana kadar pulangannya masih baik. Perlu diingatkan kadar sewa ini teman letakkan RM750 di bawah asking price sewa kawasan sekitar untuk satu rumah. Kalau sewa bilik teman kirakan boleh sehingga RM1050 atau lebih dan secara langsung ROI adalah lebih tinggi.
Apa pun bergantung kepada objektif dan target pelaburan masing-masing. Bagi teman rumah ini dijual hampir 20% below Market Value pada keadaan sekarang. Di pasaran subsales sekiranya anda dapat hartanah dibawah 20% di bawah harga pasaran boleh dikira berbaloi. Apa pun harga hartanah dijangka akan pulih dalam masa 2-3 tahun lagi.
Teman pernah membeli hartanah pada tahun 2009, di mana walaupun masih baru alhamdullilah pelaburan itu berbaloi dan masih lagi memberi positif cash flow sehingga sekarang. Pada keadaan sekarang, bagi teman ianya adalah peluang untuk menambah portfolio pelaburan. Sekiranya tuan/puan berminat untuk melabur dan ingin belajar mungkin boleh berunding dengan teman di talian 017-5602008.
Apa pun jenis pelaburan, anda tidak boleh lari daripada risiko. Kenapa kita selalu membuat kesilapan dalam pelaburan kerana mengabaikan faktor risiko dan juga tidak memahami tahap kewangan kita. Itulah yang selalu teman ingatkan terutama kepada orang muda. Tetapi sekiranya langkah anda berjaya ketika muda, anda akan mendapati selepas membeli hartanah 6 dan ke atas akan lebih senang nanti.
Anda ramai yang lebih hebat diluar sana dan ada di antara mereka mencari ROI lebih lagi dengan membuat sewa mengikut kepala tetapi nak menguruskannya lebih rumit. Tidak semua boleh menguruskannya tetapi mereka yang hati kental dan tegar selalunya tiada masalah.
Apa pun kita kena cuba mendidik orang muda untuk mula menguruskan kewangan mereka. Dijangka pada usia tua nanti ramai yang tidak akan mempunyai simpanan yang cukup untuk bekalan hari tua nanti. Adakah anda bersedia?
Tepuk Dada Tanya Selera.