Ejen Hartanah berdaftar dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Semua konsultasi ejen hartanah perlu mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH.
Ejen hartanah perlu profesional dalam melindungi kepentingan klien. Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan objektif anda bagi menjual atau menyewa rumah tercapai sebaiknya.
Saya mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan penjualan hartanah malahan mempunyai pengalaman sendiri dalam memiliki beberapa hartanah secara undercons, subsales mahupun lelong. InsyaAllah, atas pengalaman ini akan saya bantu anda menjual hartanah dengan lebih cepat dengan harga yang berpatutan.
Saya mempunyai pelbagai platform iklan seperti Iproperty, Propertyguru, Mudah, Facebook Ads, Google Ads dan sebagainya bagi mencapai potensi ‘Target Prospect’ untuk membeli hartanah anda.
Network yang baik dengan penilai, peguam hartanah, dan pegawai bank merupakan aset berharga khidmat saya. Ini membantu melicinkan urusan pemohonan pembiayaan, urusan jual beli dan sebagainya.
Saya mempunyai pasukan yang terbaik yang terdiri daripada ramai Top Ejen Hartanah. Ini akan memastikan segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang.
Sila Tekan Sini untuk rujukan Testimoni.