Blog Hartanah

Tips Dan Perkongsian Berkenaan Hartanah

Nak Jual Rumah? Kira Dulu 5 Kos Wajib Ini Supaya Tak Rugi (Panduan 2025)

Nak Jual Rumah?

Ramai pemilik hartanah teruja bila buat keputusan nak jual rumah. Mana tidaknya, bila tengok harga pasaran semasa naik mendadak, sudah terbayang keuntungan tunai di tangan.

Tapi, realitinya tidak semudah itu.

Dalam proses jual rumah, harga jualan yang anda letak bukanlah jumlah bersih yang masuk ke poket anda. Ada pelbagai kos “tersembunyi” dan yuran wajib yang perlu ditolak.

Sebagai perunding hartanah yang telah membantu ramai pemilik jual rumah di sekitar Putrajaya, Bangi dan Cyberjaya, saya ingin kongsikan pecahan kos sebenar supaya anda boleh buat kira-kira dengan tepat.

Berikut adalah 5 kos utama yang terlibat bila anda nak jual rumah:

1. Yuran Ejen Hartanah (Jika Guna Ejen)

Cara paling mudah dan selamat untuk jual rumah adalah dengan melantik Perunding Hartanah Berdaftar (REN). Kami uruskan dari A sampai Z—pemasaran, tapis pembeli, dan urusan pinjaman.

  • Kos: Maksimum 3.18% (termasuk SST) daripada harga jualan.

  • Kenapa Berbaloi: Ejen tahu cara pasarkan hartanah anda supaya jual rumah lebih cepat terjual pada harga optimum, bukan harga “buang”.

2. Kos Peguam & Yuran Guaman (Legal Fees)

Jangan ingat pembeli sahaja kena bayar peguam. Bila anda nak jual rumah, anda juga perlukan peguam untuk melindungi hak anda sebagai penjual, menyemak Perjanjian Jual Beli (SPA), dan menguruskan pelepasan gadaian bank.

Kadar yuran guaman untuk urusan jual rumah dikira mengikut skala harga rumah:

  • 1.00% untuk RM500,000 pertama.

  • 0.80% untuk RM500,000 seterusnya.

Nota: Sediakan juga bajet tambahan sekitar RM1,000 – RM1,500 untuk kos pelbagai (disbursement).

3. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT)

Ini kos paling besar yang ramai terlepas pandang bila jual rumah. Kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan bersih yang anda dapat.

Kadar cukai bergantung pada berapa lama anda simpan rumah tersebut sebelum dijual:

  • Jual rumah dalam 3 tahun pertama: Cukai 30%

  • Tahun ke-4: 20%

  • Tahun ke-5: 15%

  • Tahun ke-6 dan ke atas: 0% (Tiada Cukai)

Tips Pro: Warganegara Malaysia layak dapat pengecualian cukai sekali seumur hidup untuk pelupusan kediaman persendirian.

4. Kos Penilaian (Jika Jual Sendiri)

Jika anda memilih untuk jual rumah sendiri tanpa ejen, anda wajib tahu harga pasaran yang tepat. Kalau letak harga terlalu tinggi, rumah tak laku. Kalau terlalu rendah, anda rugi.

Anda perlu upah Penilai Bertauliah (Valuer) untuk dapatkan laporan penilaian rasmi. Kosnya bergantung pada nilai rumah, biasanya bermula dari RM1,000 ke atas.

(Tapi jika anda lantik saya sebagai ejen, saya akan bantu semak nilai pasaran secara percuma berdasarkan data transaksi terkini).

5. Kos Baik Pulih & “Touch-Up”

Nak jual rumah dengan harga tinggi? Pastikan rumah nampak cantik!

Rumah yang kotor, cat lusuh, atau banyak kerosakan susah nak dapat pembeli. Peruntukkan sedikit bajet untuk:

  • Cat semula dinding yang kotor.

  • Baiki paip bocor atau tombol pintu rosak.

  • Upah pencuci untuk bersihkan rumah (deep cleaning).

Kos ini mungkin “hangus”, tapi ia membantu anda jual rumah dengan lebih pantas.


Rumusan: Jadi, Berapa Untung Bersih Saya?

Proses jual rumah memerlukan strategi kewangan yang betul. Jangan sampai duit hasil jualan habis bayar kos yang anda tak jangka.

Anda perlukan bantuan untuk kira kelayakan dan potensi keuntungan jual rumah anda?

Hubungi saya, Muhd Azizirrahim. Saya sedia bantu anda semak harga pasaran dan uruskan proses jualan dari awal sampai dapat kunci.

[Klik Sini Untuk Semak Harga Pasaran Rumah Anda]

“Biar Teman Pening Kepala, Asalkan Mike Tenang Sentiasa

Kongsikan artikel ini
Scroll to Top